Golongan nabi-nabi seperti yang kita tahu merupakan golongan insan
terpilih yang dipilih oleh Allah s.w.t..Namun, di Israel, terdapat
sebuah institusi pendidikan di mana selepas para pelajarnya menamatkan
pengajian, mereka akan ditauliahkan dengan gelaran “Nabi”..Kalau nak
tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni..
In Israel, school promises to teach anyone to become a modern-day prophet
Di Israel, terdapat institusi pengajian di mana lulusannya bakal mendapat gelaran ‘nabi’.
Sekolah bernama ’Cain and Abel School for Prophet’ itu
menawarkan biayaan sebanyak 200 shekel bagi sesiapa yang berminat untuk
memiliki gelaran nabi. Apa yang gilanya, untuk mendapatkan gelaran
Nabi, para pelajar hanya perlu mengikuti 40 kelas singkat.
Sekolah tersebut akan memberikan sijil kepada sesiapap yang
dinyatakan lulus. Peraturan di sekolah itu juga tidak ketat. Siswa-siswa
di sekolah tersebut dibenarkan masuk ke kelas dengan hanya mengenakan
baju biasa, menggunakan gadget semasa proses pembelajaran, bahkan ada
yang membawa gitar masuk ke dalam kelas. Terdapat juga siswa yang tak
segan keluar dari kelas untuk merokok.
Di sekolah ini, para siswa akan belajar tentang erti mimpi,
klasifikasi malaikat, dan misteri roh kudus. Mereka belajar bagaimana
membezakan perasaan batin seseorang dari perilaku eksternal dan
penampilan.
Satu-satunya guru sekolah itu, Shmuel Hapartzy percaya, Messiah (Nabi
Isa) telah datang dan usia penebusan sudah dekat. Ertinya, sekolah itu
disiapkan untuk menyambut nabi baru. Anehnya, Hapartzy mengaku tidak
menjamin belajar di sekolah tersebut boleh membuatkan murid-muridnya
boleh berinteraksi secara langsung dengan Tuhan.
Hapartzy menjelaskan kurikulum yang dipakai di sekolah tersebut
mengikuti sifat-sifat seorang nabi. Sehingga, jika murid-muridnya sudah
boleh menguasai kurikulum yang diajarkan, mereka boleh mendapatkan
ijazah bergelar nabi.
“Di masa lalu terdapat golongan nabi. Tetapi sekarang, di zaman
moden, ketuhanan ada pada semua orang. Kita hanya perlu membuka mata
kita untuk itu,” kata Hapartzy, seperti dilapor oleh AP. Sekolah itu
berada di sebuah pusat keagamaan di selatan Tel Aviv. Pusat keagamaan
itu dikenali sebagai tempat yang menampung moral jalanan berbanding
mempelajari soal agama. Pusat keagamaan itu mendapat sumbangan dari
yuran kemasukan para murid-murid sekolah nabi.


No comments:
Post a Comment