Gambar: Simbol triniti Mesir iaitu tiga tuhan bersaudara
Osiris, Isis dan Horus (simbol mata di sebelah kiri bawah adalah Horus)
Kod #1: Horus The One-Eyed Sun God
part 1
part 2
Kita selongkar kisah Horus The Sun God iaitu salah seorang anak Firaun semasa zaman Mesir purba. Salah satu epik terkenal dalam sejarah Horus adalah pertarungannya dengan Storm God bernama Seth. Dalam epik tersebut, Seth digambarkan sebagai seorang yang jahat dan tamak kuasa, manakala Horus pula digambarkan sebagai seorang pemimpin yang baik dan mahu membebaskan sebilangan besar orang Mesir daripada kekejaman Seth.
Peperangan tersebut menjadi satu
perang besar antara angkatan kerjasama Horus, Thoth dan Ra dalam
menentang Seth dengan angkatan besarnya di daerah Nubia.
Horus dikatakan bermati-matian
menentang Seth selama berhari-hari demi membebaskan orang Mesir daripada
kekejaman Seth. Horus juga dikatakan membalas dendam terhadap kematian
abangnya, Osiris yang mati dibunuh Seth.
Dalam pertarungan itu, Horus
menggunakan pengetahuan sihirnya dengan bantuan Thoth. Gabungan sihir
Thoth dan Horus juga dikatakan telah menukar bentuk Horus kepada cakera
matahari dalam pertarungan yang penuh magis itu. Seth yang ketakutan
kemudian lari ke arah Sungai Nil dan menggunakan sihir untuk menyerupai
buaya bagi tujuan bersembunyi.
Bagaimanapun, Horus The Sun God
pula dikatakan terus mengejar dan apabila tiba di tebing Sungai Nil, dia
telah diserang oleh buaya (Seth) tadi sehingga sebelah matanya buta,
kemudian digelar One-Eyed Sun God. Akibat serangan itu, Horus menjadi
sedikit lemah dan ia menjadi peluang keemasan Seth untuk merangka
strategi menyelamatkan diri sebelum kedatangan Ra dan Thoth ke tebing
sungai itu.
Setelah beberapa tahun selepas
peperangan itu, dikatakan Seth tidak muncul lagi dan orang-orang Mesir
yang menjadi mangsa kekejaman Seth pula dibebaskan oleh Horus dengan
restu Ra. Namun Horus terus menjadi sasaran Seth dalam diam dan mula
mempelajari sihir baru untuk mengenakan Horus.
Melalui epik itu juga, Seth pada
satu malam dikatakan telah mengenakan sihir yang mengubah wajah Horus
menjadi wajahnya. Disebabkan sihir itu, Horus kelihatan seperti Seth dan
Seth pula kelihatan seperti Horus.
Dalam keadaan itu, Horus yang
kelihatan seperti Seth telah diperintahkan ditangkap oleh Ra. Selepas
ditangkap, Ra menetapkan bahawa Seth (sebenarnya Horus) dijatuhkan
hukuman salib.
Semasa disalib dan ditikam
sehingga memancut darah, dikatakan wajah Horus perlahan-lahan kembali
pulih ketika matahari mula terbit dan tidak lagi kelihatan seperti Seth.
Sebaik matahari mula cerah, Horus yang sudah tenat menjerit dengan kuat
bahawa DIA AKAN KEMBALI PADA AKHIR ZAMAN untuk membebaskan manusia,
menyatukan Afrika dan Timur Tengah (salah satu New World Order?) dan
terus memburu Seth untuk membalas dendam. Selepas itu, Horus mati dan
dikatakan jasadnya diangkat ke matahari untuk bersemayam di sana sambil
memerhati semua manusia sementara menunggu masa yang sesuai untuk
kembali ke bumi. – SUMBER: Ancient Egyptian Myths & Book of the Deads.
No comments:
Post a Comment