kod 3:
Sebuah piramid di wilayah Xian di China. Piramid Xian yang dibina pada zaman Shi Huangdi ini berbentuk separuh siap. Mungkinkah piramid yang separuh siap ini juga simbolik kepada segitiga bermata satu akan terapung diatasnya pada akhir zaman nanti?
Piramid Xian dan Mayan tersebut mungkin separuh siap seperti piramid dalam rajah ini.. hanya menunggu ketibaan semula mata itu. Segala-galanya mengenai matahari, segitiga bermata satu itu juga digambarkan bersinar sebagaimana matahari.
Kod #3: Maharaja Shi Huangdi, God of Earth
Kita teroka pula dalam kisah
sejarah tanah asal keturunan Li (The Li Bloodlines) di China. Sejarah
yang berlaku di China nampak seperti kebetulan tetapi ia tidak berlaku
secara kebetulan. Terdapat mesej cryptic dalam tamadun China, sehingga
menyebabkan Merovingain British begitu berminat untuk menjejak ‘Tuhan’
mereka (Dajjal - God of Pagan) di China semasa era penjajahan.
Monumen dan artifak Terracota
Warriors yang hanya ditemui pada tahun 1974 menyimpan satu maklumat
besar mengenai kewujudan lelaki misteri di sebalik pemerintahan Maharaja
Shi Huangdi, raja pertama yang menyatukan China (salah satu daripada
New World Order yang terawal?). Kod-kod yang ditinggalkan adalah sama
seperti kod-kod yang ditinggalkan di Mayan, Mesir dan beberapa lokasi
lain di dunia.
Setiap patung mempunyai kod tersendiri dan gabungan semua
kod pada patung ini meninggalkan mesej yang tersembunyi
Tamadun China juga meninggalkan
salah satu kod iaitu piramid di wilayah Xian, sama seperti kod piramid
yang ditinggalkan oleh tamadun Mesir dan Mayan. Manakala Terracota
Warriors pula menyimpan mesej secara cryptic melalui mimik-mimik muka setiap patung mengikut barisan, susunanya sama seperti baris-baris dalam tulisan Cina.
Bahasa Cina dibina daripada
gabungan suku kata sehingga membentuk perkataan baru. Mimik muka yang
digambarkan pada wajah patung-patung itu pula mewakili satu suku kata,
dan apabila disusun suku kata itu, ia membentuk perkataan dan seterusnya
membentuk ayat mengandungi mesej kod apabila dihubungkan semua suku
kata itu bermula barisan patung dari atas ke bawah seperti membaca
tulisan Cina. Salah satu kod yang ditinggalkan ialah “…pemerintah akan
kembali…..penghujung waktu…” – SUMBER: The Secret Codes of Terracota Warriors, Maurice Cotterell.
Siapa pemerintah yang dikatakan
akan kembali itu? Melalui teori itu, sudah tentu Maharaja Shi Huangdi
yang akan kembali, dan menjadi God of Earth semula. Dia meninggalkan
mesej bahawa dia akan kembali untuk menjadi tuhan.
No comments:
Post a Comment