kod 6:
Stonhenge ketika matahari terbit
Kod #6: Stonehenge, satu lagi struktur pelik
Para pengkaji sejarah menemui
fakta di mana Stonehenge dibina pada zaman purba bagi tujuan kaji
bintang. Binaan itu juga dipercayai menjadi lokasi kajian astrologi oleh
manusia purba dan juga lokasi kegiatan ritual.
Stonehenge
dikatakan dibina untuk merekod pergerakan matahari bermula daripada ia
terbit hingga terbenam. Malah, kedudukan batu (setiap batu kira-kira
berat 40 tan) yang disusun secara pelik tersebut juga mewakili
planet-planet di galaksi Bima Sakti secara tepat.
Ia juga menjadi kompas bintang
di bumi yang menunjukkan arah taburan bintang dan kedudukan
planet-planet dan matahari. Ketika matahari mula terbit pada setiap pagi
pula, cahayanya terus menyuluh ke arah tengah Stonehenge dalam bacaan
paling strategik dan paling tepat dengan kedudukan aras bumi dengan
matahari.
Timbul persoalan, kenapa manusia
zaman purba membina monumen kaji bintang ini? Apakah keperluan mereka
untuk mengkaji pergerakan bintang dan matahari? Atau ia dibina oleh
seseorang untuk tujuan khusus?
Jika diperhatikan, segala-galanya mengenai matahari. Mungkin ia dibina oleh seorang lelaki yang mahu kehebatannya disebut-sebut oleh manusia hari ini kerana mampu membina monumen astronomi yang melampaui pengetahuan purba ketika itu. Ia juga salah satu kod yang ditinggalkan kepada para pengikutnya bagi memberitahu kewujudannya di situ pada satu masa dahulu.
No comments:
Post a Comment