Quetzalcoatl menjelma dalam bentuk reptilia (kanan)
menurut kepercayaan kaum Mayan. Dia juga kelihtan
seperti makhluk asing dari jenis Reptilian
Kod #2: Quetzalcoatl, The God of Mayan
Lelaki ini digambarkan sebagai
seorang tua yang bijak, berambut putih, berjanggut dan bermisai. Dia
juga dikatakan pada waktu tertentu menjelma dalam bentuk reptilia
bersisik. Dan dia mengajar kaum Mayan (di Mexico) mengenai pelbagai
bentuk pengetahuan seperti astronomi, kejuruteraan bangunan sehingga
terbinanya piramid Mayan, arkitektur binaan pelik dan sebagainya.
Sekali difikirkan, tamadun kaum
Mayan yang berada di tengah hutan di Mexico tidak mungkin mempunyai
sumber pengetahuan yang luas kerana mereka tidak berhubung langsung
dengan dunia luar kerana ketiadaan fasiliti perhubungan antarabangsa
seperti pelabuhan. Mana mungkin mereka meneroka ilmu tanpa sedikit pun
pendedahan dengan tamadun luar.
Piramid Mayan dalam bentuk seperti separuh siap
dengan ketiadaan bucu
dengan ketiadaan bucu
Adrian
Gilbert and Maurice Cotterell dalam buku mereka The Mayan Prophecies
menjelaskan, tamadun Mayan dibina dengan bantuan seorang lelaki pelayar
yang mengajar mereka mengenai pelbagai cabang ilmu. Tanpa Cotterel dan
Gilbert sedar, pendapat mereka adalah selari dengan sebuah hadis Tamim
ad-Dari yang terkenal yang mengisahkan Tamim berjumpa dengan seorang
lelaki misteri di sebuah pulau ketika tersesat di tengah lautan, lelaki
itu menyatakan dia adalah Dajjal. Dalam hadis itu, diceritakan Dajjal
dipasung di sebuah pulau dan dijaga oleh makhluk bernama Jassasah.
Semasa Tamim ad-Dari bertemu dengan Dajjal, Dajjal bertanya kepada Tamim
mengenai seorang nabi di Tanah Arab. Dan Tamim memberitahu kepada
Dajjal bahawa hampir semua orang Arab kini beriman kepada Allah, dan
Dajjal menjawab… “sesungguhnya masa untuk aku dibebaskan sudah begitu
hampir..” Kisah tersebut yang kemudiannya disampaikan Tamin ad-Dari
kepada Rasulullah kemudian disahkan sendiri oleh Nabi. Dan Dajjal yang
dipasung itu kemudian dibebaskan selepas kewafatan Rasulullah (sollalahu
alaihi wassalam, wa ‘ala alihi wa as habihi ajma’in).
Teori Cotterell dan Gilbert juga
selari dengan epik Atlantis, sebuah pulau bertamadun maju yang
dikatakan tenggelam dan hilang dalam lipatan sejarah. Malah, Cotterel
dan Gilbert juga mengaitkan pelayar yang bertanggungjawab memajukan
tamadun Mayan adalah lelaki sama yang terselamat dalam kejadian
tenggelamnya Atlantis. Teori di sini ialah, Atlantis itu mungkin pulau
yang dihuni Dajjal sebelum dibebaskan, dan tenggelam sebaik sahaja
Dajjal dibebaskan. Dan dalam epik Atlantis, pulau Atlantis yang
tenggelam itu juga dikatakan akan timbul kembali pada akhir zaman.
Kalendar Mayan yang berbentuk matahari
Dalam
tamadun Mayan, Quetzalcoatl disembah seperti tuhan dan mengajar kaum
Mayan mengenai pelbagai ilmu. Mereka mampu membina kalendar bintang dan
mampu menghitung hari di planet Venus dengan tepat. Malah dalam satu
teori terkenal dan sudah difilemkan, bahawa kaum Mayan meramalkan dunia
akan berakhir pada tahun 2012 berdasarkan kiraan perjalanan planet dan
bintang di galaksi. Atau mungkin, Dajjal akan keluar pada 2012?
Kisah Quetzalcoatl dalam tamadun
Mayan tiba-tiba hilang begitu sahaja secara misteri dengan meinggalkan
satu mesej iaitu dia akan kembali pada satu hari nanti. Sudah terbiasa
dengan pernyataan AKAN KEMBALI? Juga selari dengan Hadis Nabi mengenai
Dajjal AKAN KELUAR pada akhir zaman? AKAN KEMBALI dan AKAN KELUAR,
maksudnya hampir sama.
No comments:
Post a Comment