
Sebuah piramid misteri di dasar laut di perairan Okinawa di Jepun
Kod #4: Piramid Misteri di Dasar Laut Jepun
Setiap jejak Dajjal di
tamadun-tamadun kuno meninggalkan kod hampir sama yang hanya difahami
oleh penyembahnya sejak zaman berzaman. Salah satu kod ialah piramid,
bongkah berbucu ini wujud di banyak lokasi seluruh dunia dan mengandungi
misteri sejarah. Sejarah purba Jepun juga mempunyai binaan piramid yang
misteri dan masih tidak mempunyaipenjelasan kukuh berhubung penemuan
bongkah piramid gergasi di dasat laut di Okinawa. Ia tenggelam
(tenggelam atau memang dibina di dasar air?) pada kedalaman 60 hingga
100 kaki di dasar laut. Menurut perkiraan para penyelam di Jepun, saiz
piramid itu dianggarkan kira-kira 666 kaki lebar dan 99.9 kaki tinggi,
ia dipercayai dibina pada sekitar tahun 8000 SM sebelum ais di kutub
mencair (atau sebelum peristiwa Banjir Besar Nabi Nuh? dan tenggelam
hingga hari ini akibat peristiwa Banjir Besar?), ia dibina kira-kira
3000 tahun lebih dahulu sebelum piramid Mesir dibina.
Paling menarik, juga wujud satu binaan berbentuk hexagon (penyamaran hexagram? star of david?). Namun tidak banyak maklumat mengenai piramid ini atau tamadun misteri ini yang dibuat kajian oleh pengkaji-pengkaji sejarah. Apa yang jelas ialah, kod piramid wujud di hampir semua tamadun kuno.
Manakala teori kami pula, ia
menandakan kewujudan manusia hebat dan pintar ini dalam pentas sejarah
sejak sekian lama kerana dipanjangkan usianya oleh Allah. Dajjal
meninggalkan kod-kod ini supaya para penyembahnya dapat memahami maksud
terbesar di setiap binaan pelik di setiap penjuru dunia bagi menjayakan
perancangannya sementara menunggu kemunculan terakhirnya di akhir waktu.
No comments:
Post a Comment