od 7:

Menara Babel di Babilon seperti diceritakan dalam al-Quran melalui kisah Namrud
Kod #7: Triniti agama pagan
Menara Babel di Babilon seperti diceritakan dalam al-Quran melalui kisah Namrud
Kod #7: Triniti agama pagan
Sesuatu yang masih menjadi
pertanyaan dalam agama Kristian adalah kesukaran untuk menjelaskan
maksud doktrin triniti. Doktrin triniti yang mula digunapakai dalam
agama Kristian dipercayai bermula pada tahun 325 M dalam Konsili Nicea,
iaitu selepas ketiadaan Nabi Isa.
Namun
pegangan triniti sudah bermula seawal zaman Babilon, Greek dan Gnostik
Yahudi, sebelum kedatangan Isa lagi. Dan, Gereja Katolik pula
menetapkan, barangsiapa yang tidak mempercayai triniti seperti dalam
kepercayaan terdahulu adalah tergolong dalam golongan yang ‘tidak dapat
diselamatkan’. Ia juga bermaksud, fahaman triniti sengaja diserap dalam
agama Kristian sebagaimana pernah dipegang masyarakat Babilon, Mesir dan
Greek bagi menjamin kesinambungan satu kepercayaan lain. Ia adalah
kepercayaan pagan.
Semua agama pagan sejak zaman
Babilon mengamalkan kepercayaan dalam kitaran ‘keluarga tuhan’ iaitu
tuhan mempunyai anak – ia pula lebih menjurus kepada menyembah selain
tuhan yang satu. Dalam kepercayaan Babilon, triniti adalah Nimrod
(Namrud), Semiramis dan Tammuzi. Manakala dalam kepercayaan Mesir, ia
adalah Osiris, Isis dan Horus. Dalam kepercayaan Gnostik Yahudi, triniti
adalah Kether, Hokhmah dan Binah. Triniti dalam kepercayaan Greek pula
adalah Zeus, Athena dan Apollo.
Ia
seakan menyampaikan kesinambungan satu agama sejak zaman berzaman, dan
kesinambungan itu pula secara terang mengambil kesempatan terhadap
keajaiban kelahiran Isa dan seterusnya menyesatkan ajaran Isa sehingga
wujudnya agama triniti baru iaitu Kristian. Triniti dalam Kristian pula
ialah Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Jesus) dan Roh Suci.
–
“Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah (wahai Muhammad): “Roh itu termasuk urusan Tuhanku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit (mengenainya).“ (Quran, al-Isra: 85)
–
“Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya al-Masih Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan : “(Tuhan itu) tiga”, berhentilah (dari ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah Allah menjadi Pemelihara.” (Quran, an-Nisa: 171)
–
“Sesungguhnya kafir lah orang yang mengatakan bahawa Allah adalah salah satu dari yang tiga. Padahal Allah hanya Satu!”(Quran, al-Maidah: 73)
–
“Dan mereka berkata “Allah punya Anak” sesungguhnya kamu yang berkata demikian telah mendatangkan sesuatu hal yang sangat mungkar, hampir-hampir langit pecah kerana ucapan itu dan bumi terbelah dan gunung-gunung runtuh karena (mereka) telah menuduh Allah mempunyai Anak, adalah hal aneh bahwa Allah mempunyai anak” (Quran, Maryam: 90)
–
“Orang-orang Yahudi berkata “Uzair (Ezra) itu anak Allah dan orang nasrani berkata al-Masih (Isa) anak Allah” demikian ucapan mereka meniru kata-kata orang-orang kafir sebelumnya. Allah pasti membinasakannya, bagaimana mereka dapat berpaling?”(Quran, at-Taubah: 30)
–
Benarlah kata-kata Allah, Dia tidak mempunyai anak.

Dalam agama Mesir purba, proses
kelahiran Horus (ingat kedudukan bintang dalam artikel sebelum ini?
Mesej kedudukan bintang ini pula seperti mahu disampaikan dalam binaan
Stonehenge yang memetakan kedudukan bintang-bintang) dan kematiannya
adalah sama dengan riwayat penyaliban Isa dalam agama Kristian. Adakah
ia satu kebetulan atau sengaja dirancang sebegitu dengan mengambil
kesempatan terhadap peristiwa salib? Licik.
Namun dalam kitab Old Testament,
tiada istilah triniti dalam menghurai maksud ketuhanan. Tuhan dalam Old
Testament (Perjanjian Lama) Yahudi dirujuk sebagai SATU, bukan tiga.
Namun, agama Kristian pula melahirkan New Testament (Perjanjian Baru)
bagi menyokong triniti, ia memang dirancang bagi mewujudkan kekeliruan
dengan menetapkan New melengkapkan Old, dan menolak al-Quran (The Final
Testament).
Berikut adalah petikan dalam Old
Testament mengenai SATU TUHAN, tiada ayat dalam Old Testament yang
mengatakan Tuhan itu lebih daripada Satu, yang ada hanya penrnyataan
bahawa TUHAN ITU SATU:
EXODUS 20:3 Thou shalt have no other gods before me.
ISAIAH 45:22 Look unto me, and be ye saved, all the ends of the earth: for I am God, and there is none else.
ISAIAH 44:6 Thus saith the LORD the King of Israel, and his redeemer the LORD of hosts; I am the first, and I am the last; and beside me there is no God.
ISAIAH 46:9 Remember the former things of old: for I am God, and there is none else; I am God, and there is none like me.
ISAIAH 44:8 Fear ye not, neither be afraid: have not I told thee from that time, and have declared it? ye are even my witnesses. Is there a God beside me? yea, there is no other God beside me; I know not any.

Dalam satu hadis, dikatakan
Dajjal itu adalah Yahudi. Maka adalah relevan jika maklumat untuk
menjejak Dajjal juga perlu diteroka dalam manuskrip-manuskrip Yahudi.
Satu fakta yang perlu diketahui, Isa adalah Yahudi dan bangsa Yahudi
tidak suka lelaki berambut panjang dan berjanggut serta bermisai sejak
ketika zaman antara tempoh Daud/David hingga zaman penjajahan Rom (zaman
Isa), maka ia bertentangan dengan imej Jesus yang digambarkan melalui
lukisan-lukisan dan patung-patung Jesus dalam kepercayaan Kristian. Maka
juga, gambaran rupa bentuk Jesus juga bolehlah dikatakan sebagai satu
lagi kod.
Dalam kepercayaan Kristian juga,
Isa akan kembali pada akhir zaman. Pendapat ini sama seperti
kepercayaan dalam Islam iaitu Isa akan kembali membunuh Dajjal. Manakala
dalam Kristian pula, Jesus akan kembali menentang The Anti-Christ.
Wujud satu keadaan yang kompleks hampir serupa dalam kes ini. Kita akan
mendalami kompleksiti ini dalam tajuk khas nanti.
Simbol agama Cao Dai di Indo-China, imej satu mata tersebut
adalah tuhan yang disembah oleh penganut agama ini
Dan sesuatu yang berlaku di
Indo-China (dekat dengan Asia Tenggara) wujud satu agama baru sejak 1926
iaitu agama Cao Dai yang menjadikan simbol satu mata sebagai simbol
ketuhanan. Agama itu juga mengamalkan mistisism melalui ritual-ritual
yang sukar difahami. Ia adalah petanda bahawa fitnah Dajjal sudah
hampir, dia sudah pun dijadikan tuhan. Agama ini dianggap sebagai ajaran
sesat di Vietnam, namun amalannya terus berkembang dengan pembiayaan
dana dari sumber yang tidak diketahui. Pengembangan agama ini mungkin
sengaja dipilih untuk ditempatkan di Indo-China kerana gugusan negara
Asia ini sememangnya mempunyai banyak agama pelik yang tersendiri, ia
menjadikan pergerakan agama Cao Dai ini berkembang dengan teratur.
No comments:
Post a Comment